koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 16 September 2013
Tajuk karya: AKU PERNAH-KONKLUSI
#1 Aku pernah
... menulis puisi tentang cinta
masih lagi menulis puisi tentang cinta
tetap dan selamanya akan menulis puisi tentang cinta
tidak akan pernah terpadam di dadaku ini
walau tinta cintanya
sesekali
melorek muak di dada
memuja.
#2 Aku pernah
... menulis tentang apa yang dirasa di hati
masih lagi menulis tentang apa yang dirasa di hati
tetap dan selamanya akan menulis tentang apa yang dirasa di hati
tidak akan pernah terpadam di dadaku ini
walau beribu kali
tulisan aku
dipadam dari halaman maya
ini.
: Aku tetap dengan cara penulisan aku
kerana aku tahu
aku tak perlu takut untuk melakarkan kata-kata benar
dan
... aku harus bertanggungjawab ke atasnya.
Selamat menyambut Hari Penubuhan Malaysia.
Sazalee Sulaiman ... 16/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment