koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 12 September 2013
WARNA HATI
bila tidur berbantal mimpi
biar senyum atau ngeri
saat terjaga di basahi embun
harapan menjelma di sebalik kabus
di talian hayat
ada bahagia sedang meniti
memanjangkan hari.
kita dapat mengutip
butir –butir hakiki
menyusun bilah-bilah pelangi
mewarnai hati
andai kita mahu memilih
di antara puing-puing janji
selaras kemahuan Illahi.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
12 Sept 2013
12..03 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment