Saturday, 28 December 2013

BERLAPANG DADA


Hari ini, engkau kaya
esok lusa mungkin kedana
berlapanglah dada
kerana nasib manusia
tidak sama nasabnya
rezeki tidak sama.

Hari ini engkau lihat
dengan mata yang sihat
engkau yakin memberi nasihat
esok lusa mungkin bermuslihat
kerana lumrah khasiat
yang berzat mungkin berpengkhianat.

Hari ini engkau berdiri
dengan kekuatan kaki sendiri
berpijak di bumi realiti
namun khilaf terkadang menghampiri
apa yang engkau nikmati 
tidak semestinya orang lain kecapi.

Berlapang dada pandanglah dengan mata hati
lebih baik berkongsi dari menyombong diri.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
28/12/13.

No comments:

Post a Comment