koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 30 December 2013
RENUNGAN
Terkadang kita rasa sedih bila orang lain 'membogelkan' diri kita dan identiti kita yang cuba kita sembunyikan. Bersembunyi dari keriuhan dan ingin merasai sepi serta sunyi tanpa dikenali sesiapa untuk kita berkarya dan juga apa sahaja yang ingin kita lakukan di dalam persembunyian.
Tetapi sedarkah kita?...tindakan kita juga adakalanya seumpama mereka yang kita perkatakan. Kita sendiri suka membogelkan diri orang lainnya.
Aku bermuhasabah diri. Renung-renungkanlah.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
30/12/13.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment