...lautku
seluas semesta alam
tiada sempadan
membatasi kasih sayangku
mengikat belikat
di batang tubuh
misteriku
tiada manusia lain yang tahu!
...bagaimana aku melayan karangku
bagaimana aku meladeni pasir pantaiku
bagaimana aku membelai ombak rindu
bagaimana aku mendakap camar bertamu
bagaimana aku menyetubuhi lautku
di malam arus beradu
tiada siapa yang tahu!
...bagaimana hubunganku dengan bayu
bagaimana hubunganku dengan nyiur berlagu
bagaimana hubunganku dengan ketam
dan penyu
isi perut, laut...kekasihku
ya! Mereka boleh sahaja berandaian
menganggap aku perasan
gila bayang
kepada umang-umang yang berumah
di dalam cengkerang
ingin kujadikan teman sepermainan
ya! mereka juga tidak tahu
sebagai seorang aku
misteri laut itu sebenarnya aku
khazanah laut bersatu
di tulang belakangku
kujadikan kekuatan tunjang
karya-karyaku
tidak susah sebenarnya
untuk menafsir sifatnya aku
kerana aku adalah aku
yang sentiasa memberikan kasih sayangku
tanpa syarat yang beribu
untuk kujadikan mahar ilhamku
ilham dari seorang... ,
~pelaut perindu~
Pelaut Malang 201213.
No comments:
Post a Comment