koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 27 December 2013
MENGUTIP RANTING-RANTING RINDU
Membilang waktu yang engkau sendiri keliru
di antara bebayang silam yang bergulir berlalu
seakan tiada sedikit pun rencah hidup bersatu
mengadun rasa yang melunakkan resah kalbu
sering di sisa batas perjalanan berbatu ragu
keras dan menyakitkan langkah telapak kakimu
cuba mengerti istilah belajar tentang sesuatu
mengutip setiap ranting-ranting rindu
yang tak pernah tahu dan mengering kaku
sosok ragamu semakin layu mengisi ruang waktu
engkau telah lelah membilang waktu
mengutip ranting-ranting rindu
berhenti mengerti tentang sesuatu
kerana engkau tidak tega lagi mengadun sendu
sendiri di pelantar waktu menguliti keliru.
Dan aku yang memerhati engkau di situ
ingin sekali berkata, ajari aku tentang sesuatu
yang aku tidak pernah tahu.
~AE/27DEC13~
...YangMerahItuSaga
::TintaMataPena::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment