koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 29 December 2013
HILANG KUASA
Siapa kata?
Pokok tidak mampu digoncang
seandainya angin tidak menggoyang
dedaun pokok tidak berguguran
bertaburan di jalanan
jika teras perjuangan dimamah petualangan
akar terpampang, tidak disorokkan
anai-anai berpesta keramaian.
Mabuk kekuasaan.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
29/12/13.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment