koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 7 February 2014
ANGIN RETAK
Angin yang retak
berhembus tidak menentu arah
tiupannya sentiasa menggila
berubah caranya
sekejap kuat sekejap perlahan
terkadang kasar terkadang halus
namun sentuh di wajah
tiada
bahang mentari tetap terasa.
Peluh di baju mampukah mengering
bercurahan tiada hentinya.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
07/02/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment