Monday, 3 February 2014

MANGKUK KUAH BERSATE


Makan sate
bukan hanya jenama Kajang
mana-mana jenama pun sama
kuahnya haruslah lebih
biar bermangkuk-mangkuk
untuk kita colet, kita celup; kita rasa
keenakan sate bersama kuah kacangnya
asalkan jangan! 
Terlebih sudu di dalam kuah 
dari bilangan lidi bersate.

Kita nak makan sate bukannya sudu.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
03/02/14.

No comments:

Post a Comment