koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 3 February 2014
MONOLOG WARTAWAN PENYIARAN DENGAN PENDUDUK DI KAJANG
#Monolog1:
"Apa pendapat tuan tentang perkembangan terbaru di Kajang ini?"
"Maaf pak! Saya dari seberang, baru sahaja datang ke Kajang ini... , mahu rasain keenakan sate Kajang"
#Monolog2:
"Apa pendapat puan tentang perkembangan terbaru di Kajang ini?"
"Ohhh! Ini masuk tv ke? Siaran mana? Kerajaan ke pembangkang? Ala boleh 'touch-up' sikit tak, kasi putih macam si putih-putih melati dalam gambar tu!"
#Monolog3:
"Apa pendapat Encik tentang perkembangan terbaru di Kajang ini?"
"Err! Pendapatan saya rendah, tidaklah begitu tinggi. Ni! Ada bayaran ke untuk temuramah ini?... , sebab saya nak kena jaga periuk nasi saya. Al-maklumlah pendapatan saya rendah, mana nak sara keluarga lagi. Memang tak berbaloi kalau nyawa saya menjadi taruhan!... , kerana bila berkata-kata ke udara macam ini bila-bila masa ada yang akan cari saya kalau saya tersilap kata. Berapa ya!... , bayarannya untuk saya berkata-kata?"
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
03/02/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment