koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 16 March 2014
EMPATI HUJAN
Hujan kauturun pagi ini
menyambut kepulangan ubun-ubun basi
yang rindu menahan sebak
di mata
tidak mampu dibuka.
Hujan kaubagai mengerti
betapa rindu
telah berkarang di hati
mendambakan belaian
empati sendu.
Hujan! Kauturunlah sepanjang hari
walau hanya dengan titisan sepi
engkau basahi
bumi kami yang kering, menanti
di gerbang mati.
Dan hujan, kaubiarkanlah!
Mata yang sukar dibuka
lena di dalam genangan abadi
titisan manik-manik suci
di tepi jendela.
Syukur kami ya Allah.
Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
16/03/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment