koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 29 March 2014
KISAH PAK MAIDIN DAN KASSIM BABA
Pak Maidin sudah nyanyuk
membidas kata berjari telunjuk
bagai nyamuk sedang mengamuk
di tepi telinga dia menyebuk
dikatakan biar bersederhana
dalam penahanan si Kassim Baba
katanya Kassim Baba dah tua
tak perlu bengis dalam menahannya
sudah lupakah Pak Maidin
setiap organisasi ada pemimpin
ada cara ada disiplin
dalam maskulin dalam feminin
apa ceritanya Pak Maidin dan Kassim Baba
menambahkan kemusykilan di hati seorang hamba
sehingga Pak Maidin beria-ia mempertahankannya
sehingga jabatan agama dikambing-hitamkannya
pintu gua jangan dibuka sebarangan
apatah lagi disentuh tangan
menghina agama dan aurat perempuan
sehingga Nabi dikatakan, didewa-dewakan
Pak Maidin kena faham
perkara pokok yang dikatakan kejam
akidah harus dipertahankan tidak dipejam
menghina Islam haruslah direjam.
Bala dan hinaan Allah jangan dibuat-mainan.
Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
29/03/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment