koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 19 March 2014
TIPOGRAFI PENZALIM
Beringatlah!
Bangkai gajah masa-kan bisa terhapus
walau kaututup dengan segunung rumput
baunya akan tetap terhidu
bersahut.
Beringatlah!
Tipografi akan terbendung
walau topografi menyanjung-gantung
cuba melindung
terhitung.
Kerana Allah tidak buta,
walau manusia seringkali dibuta.
Kerana Allah berakal,
walau manusia seringkali diakal.
Kerana Allah mengetahui,
walau manusia seringkali dibodohi.
Ingatlah!
Allah adalah sebaik-baik perencana.
Mungkin sekarang engkau berbangga
segala tipografi terlaksana
namun Allah Maha Penghimpun
segala yang engkau himpun.
Menanti waktu dibuka oleh-Nya
pintu hijab berita
rumpun demi rumpun
berduyun-duyun.
Di masa itu segala tipografimu
wahai penzalim!
Tidak tertutup oleh topografi
kaubina.
Beringatlah kamu, wahai penzalim.
Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
19/03/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment