koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 26 March 2014
BAHASA BERIRAMA: 'KUAR'
Gampang-gampangan
alang-alangan
tiada kesungguhan
ala kadaran.
Gampang, dianggap enteng
bagai tiada yang penting
di otak kering
duduk mengereng.
Ada ke patut!
keluar ditulis 'kuar'
ditanya faham apa maksud 'kuar' ... ,
dia kata tahu - dia kata faham
apa yang dia tahu - apa yang dia faham
aku pun tak tahu - aku pun tak faham
melopong nampak gigi geraham.
"Tuan/puan tahu apa maksudnya kuar?"
Pabila bahasa sms diagungkan di dalam karya.
Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
26/03/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment