koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 24 March 2014
GURINDAM: DIKATA ORANG
Satu orang meludah atas dulang,
dikata orang, orang itu bukan calang-calang.
Satu orang membuat onar di peradaban,
dikata orang, orang itu sengaja mencari beban.
Satu orang bertanya soalan berulang-ulang,
dikata orang, orang itu seorang petualang.
Satu orang sengaja meletakkan kesalahan di bahu orang,
dikata orang, orang itu menconteng arang.
Satu orang menggoncang tiang bangsal,
dikata orang, orang itu memang mencari pasal.
Satu orang faham perkara pokok perbincangan,
dikata orang, orang itu berotak cairan.
Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
24/03/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment