koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 22 March 2014
CINTA BERLAINAN BENUA
Pintallah buih di lautan itu
andai bisa dijadikan tali pengikat leher
yang akan menjerut lehermu
leherku
dan nyawa pun melayang di kayangan
sepusaran impian
bersama,
kerana aku tahu kita tidak bisa
tidak mampu
menyemai kasih
berlainan laut, berlainan benua
berlainan pegangan
berlainan bumi dipijak
awan... ,
hanya dari kejauhan
bisa kita ulit
mimpi dari sebuah fantasi.
Andai tidak!
Iya, harus dilupakan sahaja
niat
yang tidak akan pernah
kesampaian.
Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
22/03/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment