koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 31 March 2014
JERIJI BESI MENUSUK HATI
Kehijauan
memukau mata
mempersona
damai suasana
indah.
Di situ ada kali
nyaman dan dingin sekali
mergastua membasahi
manusia merenangi, menikmati
riang berkongsi.
Hutan dara bongsu
tidak terusik dek siku
ganas dan rakus bernafsu
menjarah perdu
membakar tisu.
Tapi! ... itu dulu
duapuluh tahun dahulu
zaman kanak-kanakku
riang bersama temanku
bermain buru-buru.
Kini tiada lagi
yang tinggal jeriji besi
menusuk hati
hutan dara hilang seri
besi-besi berkarat di sendi.
Atas nama pembangunan
diselongkar serata hutan
raksasa mengaum kedahsyatan
meninggalkan kesan
pokok-pokok kebakaran.
Bergumam aku
tidak terluah dari tekakku
suara bisu
bicara apa lagi dapatku
luahkan sedihku.
Anak-anak berkata
"Ayah tipu! Di mana tempatnya ayah berkubang?
Membuat terjun tiruk bersama rakan sepermainan.
Di mana hutan? Di mana keindahan?
Tak nampak pun!
Yang ada hanya jeriji besi"
Ahh! ... ,
harus bagaimana ingin aku terangkan?
Harus begaimana dapat aku buktikan?
Gambarnya tiada yang tinggal hanya kenangan
abadi di lubuk ingatan
tidak dapat aku kongsikan.
Kehijauan dahulu telah tiada
kedinginan dahulu telah dicemari manusia
mergastua telah berhijrah ke kota
di tembok batu bernama zoo negara
termenung memerhati
manusia yang tamak haloba.
Sedihnya rasa ... huh!
Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
31/03/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment