Thursday, 20 March 2014

KONKLUSI RINDU DI MEGA KELABU


I:
Mega kelabu berarak
lakaran wajahmu merafak
pelangi bercorak.

Merak merindu
rayuan kalbu
di mega kelabu.

II:
Rindu... ,
mungkinkah kamu?

Rindu... ,
itukah kamu?

III:
Mungkinkah sirna mega berarak
di langit kusam kian merafak
biasan pelangi melakar corak.

Cantik si merak pelepah rindu
nian semarak rayuan kalbu
Itukah kamu? Di sebalik mega kelabu.

Ahhh!... , konklusi rindu.

Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
20/03/14.


 

No comments:

Post a Comment