Tuesday, 18 March 2014

Teraju Senget


Katanya;
cikgu, ajarlah anak-anak
biar tumbuh subur adat budaya timur
budaya nenek moyang
jadi akar tunjang
budaya dijulang.

Bikinannya;
Nah! Ini lesen konsert
untung bahagi dua
tarik anak muda
lupa adat budaya
menelanjang maruah agama.

Bila cakap tak serupa bikin
teraju senget
undang tragedi memalukan
tak siapa nak ke depan
terasa di dahi ada kemaluan
modal insan jadi korban.

CNM, 18/3/14

No comments:

Post a Comment