koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 5 May 2014
ADENGAN WAWANCARA WARTAWAN DENGAN PENYOKONG DEMONSTRASI JALANAN YANG TERPAKSA DIPOTONG.
Wartawan: "Saya nak tanya encik sedikit tentang GST, sementelah encik adalah salah seorang peserta demonstrasi hari ini. Boleh tak encik beritahu saya apa maksud GST? Pada kefahaman enciklah ya!"
Penyokong demonstrasi jalanan: "Erk! Sebentar ya encik, saya tanya kawan-kawan saya yang tengah mengamuk tu. Oiii! Kawan-kawan ni ada wartawan dok tanya apa maksud GST yang kita dok demonstrasi ni. Apa ya maksud GST tu?"
Wartawan: "Erk, encik! Tak apalah, esok atau bila-bila nanti saya tanya balik ya! Kameramen cabut!"
Penyokong demostrasi jalanan: "Encik, encik! Encik wartawan tunggulah, tu ... sepuluh rakan saya datang tu nak jawab pertanyaan encik. Encik, encik! ... ."
Wartawan: "Pergh nasib baik selamat, kalau tak naya aku. Pegang kayu 'Golf Swing Three' tu!"
Cuuuuuuuut!
Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
05/05/2014
12.25pm.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment