Apalah salah pada fajar di ufuk jingga seandainya terbit atau terbenam tiada sesiapa yang memuja kerana tidak dipandang mata.
Mungkinkah benar senja yang datang akan membawa malapetaka kepada penghuni siang di saat penghuni malam merangkak keluar.
Ahhh! Apa yang aku merapukan ini? Kalau demam buat cara demam, jangan
nak mengada-ngada nak berseloka. Jadilah dewasa jangan jadi budak-budak.
Ubat makan jangan hanya dipandang tidak terluak isi dari kantungnya.
"Yes boss"
Dan senja tetap berlabuh membiarkan penghuni malamnya berleluasa sehingga mentari kembali menyapa keesokan hari bila fajar subuh menjelma.
Nafasku tercungap.
Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
03/05/2014
08.50am.

No comments:
Post a Comment