koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 5 May 2014
DESING
Nging nging ngiiing
berdesing,
di tepi telinga capang dan kering
membawa runsing
berkati-kati darah kan mengering
di kaki keting.
Nging nging ngiiing
masih berdesing,
mulutku mula menyumbing.
Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
05/05/2014
07.45am.
Penceritaan:
Sebuah karya permainan IMAGINASI...di mana nyamuk sebagai model untuk menggambarkan situasi di waktu pagi yang masih berembun dileteri mungkin oleh majikan atau pegawai atasan.
Imaginasinya adalah ketika menggambarkan ingin disepak sahaja orang yang membebel dengan kaki sehingga berdarah dan mengering di kakinya sendiri.
Tetapi imaginasi tetap imaginasi hanya termampu dilakukannya adalah mencebik mulut mengajuk apa yang diperkatakan(dileteri) majikan/pegawai atasan di waktu pagi yang bening.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment