Sunday, 4 May 2014

JIHAD


Berjihad banyak cabangnya
selain mempertahankan Allah dari dicerca
Nabi dari dihina
mempertahankan saudara seislam kita
jihad mempertahankan kesucian agama yang tercinta
dari dipandang serong si kafir laknat
juga dituntut agama.

Jadi marilah kita bersama
di dalam jihad mempertabatkan institusi keagamaan kita
umat islam kita, masyarakat kita, keluarga kita
sanak saudara kita dan diri kita sendiri
dan ekonomi islam kita
dari belenggu kemunafikan
kesyirikan
yang semakin menular kebelakangan ini
"Ingat lagi kisah bomoh MH370 dengan tikar terbangnya?"
itu sebagai contoh.

Diharap selepas ini
tiadalah pula saya ditangkap
dituduh sebagai militan
dalam menyeru kita semua
saudara seislam
untuk berjihad membersihkan dalaman kita dahulu
mempertahankan maruah agama dan negara
baru kita fikirkan jihad globalisasi.

Yang baik datang dari Allah
yang lemah itu datangnya dari kesilapan
dan kelemahan diri kita sendiri
terutamanya diri saya sendiri.

Nauzubillahi.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
04/05/2014
11.00am.

No comments:

Post a Comment