koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 7 May 2014
PERTANYAAN SAUDAGAR NYAMUK
Pagi ini aku bawa ubat nyamuk
bukan untuk merawat nyamuk
tapi untuk menghalau nyamuk
tempat kerjaku dah jadi kawasan menternak nyamuk
hari-hari aku tergaru macam berok.
Ya! Memang aku gerunkan nyamuk
gerun juga kepada penyakit bawaan nyamuk
walaupun kecil jasadnya seekor nyamuk
tetapi dengan hanya seekor nyamuk
boleh membawa maut tidak disogok.
Kalaulah ada pihak prihatin kesihatan masyarakat majmuk
pasti tahu bagaimana habitatnya nyamuk
sudah tentu akan menyembur asap membunuh nyamuk
tidaklah aku pasang ubat nyamuk
di siang hari bercolok.
Agak-agaknyalah, GST dikenakan tak untuk semburan nyamuk?
: Pertanyaan dari saudagar nyamuk.
Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
07/05/2014
08.30am.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment