Friday, 9 May 2014

SYAIR SELAMAT HARI IBU UNTUK IBUKU


Tiga hari tiga malam
aku sakit aku demam
ada benda tak terhadam
mungkinkah demam tanda mengidam.

Dalam gigil dalam selubung
telinga berdesing kepala berdengung
baring di katil aku termenung
rindu menyapa tidak tertanggung.

Ke mana pergi kewarasan hati
jika kasih tidak terperi
badan sihat layu melidi
kerana rindu datang dampingi.

Kepadamu ibu anakmu berseru
tidak tertanggung rindu menjamu
di angin lalu kusampaikan rindu
rupanya demamku serentak demammu.

Kepada Allah aku menadah
semoga Dikau dengar keluh dan kesah
kesihatan ibu Dikau kembalikanlah
harapan seorang anak berhati pasrah.

Dalam sedih dalam tangis
jiwa mengemis rindu merenjis
menyapa waras kasih dipilis
dari kejauhan aku merintis.

Selamat hari ibu, ibu.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
09/05/2014
09.45am.

No comments:

Post a Comment