koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 20 January 2013
~ Penantian rindu ~
sepi
lembutnya angin malam
menerpa jendela
hatiku terasa sayu
menanti rindu
yang sememangnya
tak pernah kauucapkan
kejauhan
daratan
lautan
tasik
menjarakan kita
sekian lamanya
kaudiam membisu
tiada helaian naskah
tiada pesanan ringkas
tiada khabaran berita
menitis airmataku
bila panggilanmu
memecah kesibukanku
kaukatakan
kak long, ammar balik Malaysia
periksa dah habis
pulanglah dik... kak long, abah, mak, acu juga merinduimu
Jue Affendi
17012013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment