koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 20 January 2013
~ Rentak ~
Kutarikan saban hari saban waktu
tanpa meniru-niru, tanpa ragu, tanpa lagu
di sekitaran sentiasa dan sedia ada muzika
hembusan angin tak pernah henti mengubah irama
lenggang lenggok tangan dan kakiku melangkah
lentok liuk kepala dan pinggulku terarah
mengikut tempo paluan gegendang hati dan perasaan
harmonis di bawah bimbingan akal fikiran
Rentakku miliku pasti berubah selalu
duniaku hakku cuma satu
Rentak kita pasti berbeza selamanya
demikian bijaksana Maha Pencpta
~Rentaktari pena msa: 16.1.13 Jitra~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment