koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 20 February 2013
Alamat yang mencurigakan.
Dalam semak ada ular,
ular lidi si ular sawa;
wabak penggodam mula menular,
ditag ke semua tanpa dipelawa.
Langit merah nampak jingga,
semakin kelam di pinggir hari;
wahai kawan haruslah berjaga,
sekali terkena tak habis kenduri.
Berhati-hatilah teman-temanku semua.
ss/spl/pm ... 20/02/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment