koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 18 February 2013
Haluan dosa semalam.
Haluanku masih jauh
masih belum menemui perhentiannya
liku-liku berliku
berselirat di hadapanku
menggetarkanku.
Debu-debu karat, tepu
masih membelenggu perjalananku
masih berselirat
menambahkan kusam
di wajahku.
Tercalit noda,
... dosa semalamku.
Masih adakah perhentian untukku.
ss/spl/pm ... 18/02/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment