koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 13 February 2013
Di bawah sepohon kayu.
Kisah semalam terlukis sadis
melakar tragis di hati menangis
diibaratkan bagai seorang pengemis
datangnya gerimis merenjis-renjis,
sepohon kayu sebagai saksi
aku kautinggalkan seorang diri
basah lencun menjilat hati
berlagu sepi di jiwa bernyanyi,
hujan gerimis bertambah hebat
semakin lebat tidak terhambat
hingga bah datang menghambat
tiada kudrat mahu menyekat,
hujan gerimis bersatu tangisan
menambah lencun dalam kebasahan
sendiri menangis aku kehujanan
membawa raung tidak kedengaran.
Pohon itu menjadi saksi.
ss/spl/pm ... 13/02/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment