koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 10 February 2013
Penyair Muda Penuh Potensi Dan Pesona.
Petang tadi
aku lewati rancangan tv
rancangan berbentuk mingguan
tentang bakat-bakat cilik
dicungkil
dan diketengahkan,
sebuah rancangan pidato dan berkarya
adik-adik cilik dicungkil bakat istimewa mereka
penuh selamba membahaskan tentang agama
dan juga perihal Rasul Allah SWT.
Betapa fasihnya mereka membahaskan hadis dan sunah
betapa basahnya bibir mereka membaca kalam suci Allah
membuatkan aku rasa terkasima,
terkasima
kerana tidak mungkin ... ,
tidak mungkin aku dapat berbuat seperti mereka
penguasaan pentas yang jitu
dan keberanian yang amat istimewa
bertentangan mata
yang menatap aksi-aksi mereka.
Ahh! ... teringat pula aku kepada adikku
bila semalam berdeklamasi di hadapan ratusan para tetamu
yang berhormat dan juga para seniman
para pengkarya yang telah lama dan bernama
sehingga diberikan mereka sebuah gelaran
yang amat istimewa,
'Penyair Muda Penuh Potensi Dan Pesona'
Tahniah adikku.
ss/spl/pm ... 10/02/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment