koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 11 February 2013
Kupendam sebuah perasaan.
Kupendamkan sebuah perasaan
memuncak di benak impian
ingin memiliki hati seorang insan
kujadikan suri di istana idaman,
kasih dan sayang yang aku impikan
berhiaskan penyatuan berkekalan
namun kabut di sepanjang perjalanan
menjadi penghalang kecelaruan,
sekali lagi terpaksa aku pendamkan
terpaksa aku kuburkan
di dalam hati berbatukan nisan
sebuah impian yang tidak kesampaian.
Demi dirimu insan kesayangan
relalah aku pendamkan.
ss/spl/pm ... 11/02/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment