koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 14 February 2013
Kusut.
Kukatakan 'A'
kaupula katakan 'B'
aku baru huruf 'C'
kautelah sampai ke huruf 'Z'
aduhai,
lajunya bacaanmu.
Kukatakan engkau keletihan ber'FB'
kaukatakan pula
yang aku mengata dirimu
keletihan akibat mabuk bercinta
dengan ramai jejaka
di halaman
muka buku ini.
Aduhai!
... kusut jikalau begini.
Bila kufikir kembali
dari sudut keterbalikan psikologi
mungkin aku
yang engkau katakan
begitu.
Aduhai! Aduhai.
ss/spl/pm ... 14/02/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment