koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 13 February 2013
Jawablah.
Satu persoalan
berpuluh
malah beribu jawapan
akan kauberikan
namun segalanya berkemungkinan
tiada kepastian
tergantung
dan akhirnya terbiar
tanpa satu pun jawapan
yang pasti.
Berikanlah aku,
berikan aku satu jawapan
dari satu
pertanyaan ... ,
"Benarkah kamu mencintai aku?"
ss/spl/pm ... 13/02/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment