koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 14 February 2013
Tentang kecintaan aku.
Orang tak akan memahami diriku
tentang kecintaan aku
tentang cinta aku dalam bidang kupuisian
dalam berkarya
dan juga dalam bersastera.
Dan bila aku mendapat
sebuah gambar grafik yang indah, cantik
dan ada pula cerita yang tersembunyi di dalamnya
secara semulajadinya
ilhamku akan turut menyerlah.
Di waktu itulah
aku dan ilhamku akan bersatu
dan terlakarlah
sebuah karya yang aku madahkan indah
bersatu segenap arah.
Orang tak akan memahaminya
apa yang mereka anggap
aku mungkin sedang mabuk asmara
dan segala luahan yang tercurah
adalah luahan dari hatiku yang resah.
Tidak terfikir
yang itu adalah anugerah
dari Allah
Yang Maha Pemurah.
Ahh! Sesak nafasku sudah.
ss/spl/pm ... 14/02/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment