koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 21 February 2013
Syair budiman~KOKOK BERAI-DERAI
Ayam jantan jatuh longkang
kaki tersandung dikejar musang
maruah hilang nyawa hilang
kampung tergadai negara pun pincang.
Perbandingan insan amat ketara
mencanang gong di atas biara
adat bicara tinggi nadanya
baru jelas didengari semua.
Suara sumbang suka melenting
dipanggil keling dia menjeling
taji berguna di saat genting
buat pengoyak mengganti taring.
Atas kapal ada serombong
naik keretapi masuk terowong
tiada berguna bersikap sombong
minda terpesong maruah terlelong.
Malam hari ayam berkokok
berkokok pula atas pokok
tali persahabatan dibuat elok
kekal harmoni tiada tersorok.
ss/spl/pm ... 21/02/2013.
Dari teratak cikgu Ahmad Sarju.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment