Friday, 15 February 2013

KESETIAAN CINTAKU



Aku tidak ingin merayu
kerana aku tahu
rayuanku tidak akan mampu
menembusi keampuhan niatmu
untuk meletakkan cinta
sekadar di kotak ingatan sahaja.

Aku terima semua ini
dengan ketabahan seorang kekasih
yang cintanya tetap ada
biarpun perpisahan yang kaupinta
walaupun aku pasti
aku akan cukup derita
dengan perpisahan ini.

Aku tidak pernah mengeluh
andai aku sekadar kaujadikan
tempat berteduh semasa hujan
dan pergi meninggalkan aku
bila mentari mula memancar
cuma aku hanya mampu berharap
agar kauakan dapat memahami
betapa terlukanya sekeping hati
seorang lelaki bernama aku.

Dan di sini
dalam sepi dan lara derita
akan terus menanti
untuk kaukembali hadir
biarpun bukan dengan cintamu
agar dapat kautahu
cintaku tdak pernah berubah
kerana bila sekali aku menyintai
cintaku akan kekal selama-lamanya.

Biarpun cintamu
semakin terhakis dari ingatanku.

Qalam Bertinta
15022013
1240pm
KESETIAAN CINTAKU

Aku tidak ingin merayu
kerana aku tahu
rayuanku tidak akan mampu
menembusi keampuhan niatmu
untuk meletakkan cinta
sekadar di kotak ingatan sahaja.

Aku terima semua ini
dengan ketabahan seorang kekasih
yang cintanya tetap ada
biarpun perpisahan yang kaupinta
walaupun aku pasti
aku akan cukup derita
dengan perpisahan ini.

Aku tidak pernah mengeluh
andai aku sekadar kaujadikan
tempat berteduh semasa hujan
dan pergi meninggalkan aku
bila mentari mula memancar
cuma aku hanya mampu berharap
agar kauakan dapat memahami
betapa terlukanya sekeping hati
seorang lelaki bernama aku.

Dan di sini
dalam sepi dan lara derita
akan terus menanti
untuk kaukembali hadir
biarpun bukan dengan cintamu
agar dapat kautahu
cintaku tdak pernah berubah
kerana bila sekali aku menyintai
cintaku akan kekal selama-lamanya.

Biarpun cintamu
semakin terhakis dari ingatanku.

Qalam Bertinta
15022013
1240pm

No comments:

Post a Comment