koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 24 March 2013
Lahad Datu:
Lahad Datu:
Untuk pejuang-pejuang yang mempertahankan maruahmu.
Lahad Datu, bumimu bergegar bertalu
bagai geruh halilintar memancar ke pusat bumimu
mengganas melingkari denyutan nadi maruahmu
berpeluru di pucuk laras dedalu.
Lahad Datu, tak akan kubiarkan musuh beradu
datang membawa onar seteru
selagi nafasku masih bersatu
akan aku pertaruhkan nyawaku untukmu.
Lahad Datu, walaupun nyawaku di dakapan peluru
walau menderu datangnya bertalu
namun gentar tidak akan bertamu
akan kuusir penjarah derhaka dari tanahmu.
Lahad Datu, inilah barisanku
inilah barisan perjuang-perjuangmu
akan berjuang mempertahankan kedaulatanmu
tergalas kemas di bahu bidangku.
Lahad Datu, usah kaugentar dan ragu
walaupun gugur terkujur jasadku
namun panjimu akan tegak di bahu
bergalang ganti tangan semangat anak watanmu.
Lahad Datu, akan kukemas bumimu
bumi tumpahnya darah juangku
bumi Malaysia bertali teraju
berpayungkan mahkota kedaulatan duli tuanku.
Lahad Datu, keranamu
rakyat Malaysia kini bersatu
di bawah Rukun Negara yang satu:
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
ss/spl/pm ... 24/03/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment