koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 28 March 2013
Nafsuku.
Nafsuku memang kuat
rakus, buas
tak pernah puas
pantang terlihat aku pasti merapat
pantang tersua aku pasti teruja
tak pernah menolak
apatah lagi muak
akan aku terpa
akan aku terkam bak harimau lapar
mengendap di sebalik belukar.
Itulah kerakusan nafsuku
dalam ghairahnya berkarya, puisi.
Aku dan nafsuku.
ss/spl/pm ... 28/03/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment