koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 30 March 2013
Sajak: MENITI HARI DI SUBUH SUNYI.
Subuh ini
aku masih lagi berpuisi
tentang hati
tentang naluri diri
tentang episod dinihari
di hujung kaki.
Subuh ini
aku masih lagi mencari
estetika diri
berfalsafah tentang sunyi
di meja sepi
kupuisikan identiti.
Bolehkah aku ini
menjadi penyair terpuji
tersohor dikenali
hanya berlandaskan fantasi dari imaginasi
akal kecut beruji
di pundak usia meniti hari.
Mungkinkah mimpi, aku ini
akan terpanggil menjadi
dan di puncak fajar kembali
aku gah berdiri
terus berkarya lagi
semampunya aku gagahi.
Di subuh ini, jemariku; ligat menyusun tari.
ss/spl/pm ... 30/03/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment