koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 31 March 2013
Kemudikan rindu itu
Bahtera cinta
pasti beralun gelombang
angin membadai kelupaan
gelora mengaut cebisan
pada damai yang tersinggah
gapailah ketenangan hati
merenung damai ilusi
Lautan bergelora bukan mimpi
debaran merentasi sentiasa di hati
bertasbih rindu mengapai sinar
rumputan lautan bertarian lembut
cengkerang bermimpi bahagia
karang membatas setia
Layarkan adunan ombakan rindu
gelodak pasti menanti lesu
layaran bahtera kemudi jitu
dermaga membuka pintu
tak akan resah hala tuju
berjauhan itu seketika waktu
berlayarlah seindah kaumahu
kemudikan rindu itu...
Moyyu.
31.3.2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment