koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 29 March 2013
~Kepadamu Tertumpahnya Keringat~
Segalanya tinggal kenang
di bumi kenyalang
bila tapak kakiku pijak tak berbekas lagi
jalanan menghala ke bumi di bawah bayu
walau yang tertinggal di sini
pahit untuk dilupakan
Di sana nanti aku pasrah
pada Rabbi yang kusembah
mungkin itu yang terbaik buatku
walau ada debar untuk menempuhi suasana baru
Mungkin ada hikmah atas semua yang terjadi
isu keselamatan dipolitikkan
hingga terlupakan aset ketenteraan
yang dikatakan ketinggalan zaman
di sebalik isu pencerobohan
negara tersentak
lalu menaiktaraf dalam persenjataan
dan kelengkapan pertahanan
ESSCOM
aku datang berbakti
bukan meminta simpati
namun itulah hakikat
kepadamu tertumpahnya keringat
dalam mempertahan sebuah negara yang berdaulat
~amran azahari~
Kota Kinabalu - 29 Mac 2013 jam 08:14am.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment