koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 29 March 2013
Kurik Kundi Merah Saga: PENYU MENANGIS.
Laut terbentang bayu menderu,
dibadai taufan tsunami tinggi;
bukanlah hutang penyu merayu,
pepasir pantai hilang menyepi.
Laut menyepi layulah bayu,
terdengar hanya desiran ombak;
sedihnya hati tangisan penyu,
pantainya kini telah tertambak.
Penyu menangis tiada yang tahu.
ss/spl/pm ... 29/03/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment