koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 30 March 2013
Embun menyapa kembali
Segar hembusan nafas pagi
hilang sesak, terang kelopak resah
gamitanmu, melamar pergi
setitis embun melarut celaru
salju mendakap seluruh rindu
diam, terpendam tika hadir
mengusik kalbu merinduimu
Kejauhan, sentiasa ada
kurasa mendakap di dada
sering membenih pucuk mesra
menghijau rimbunan setia
hadir setitis embun bermesra
menguat akar kasih membaja
tertunas damai di tasik cinta
menawarkan bahagia
Merentas onak duri menuruni lurah
tak terpunggah hasrat di jiwa
memanjat gunung harapan
indah kedamaian di puncak
biar bertongkat nafas mengalir
luruh disambar api
pasti kuterokai...
Moyyu.
30.3.2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment