koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 31 March 2013
Aku si papan tanda.
Aku ditatap ribuan mata
siapa yang lalu pasti mengerling
walaupun tidak dijeling berdepan tatapnya
di ekoran mata aku pasti dipandang mereka
yang paling membuatkan aku bangga
aku tetap dicari-cari manusia
singgah di mana sahaja
akulah yang dicari mereka
kalau tak dicari diriku
nescaya tersesat jalannya
akibat jalan-jalan baru
dan penempatan banyak dibina
tapi mengapa aku dikejam, dizalimi manusia
badanku yang dahulunya gah perkasa
dibengkok dan dikerenyotkan mereka
terkadang tulisanku hilang tidak terbaca
bagaimanakah nanti nasib si musafir
yang mencari jalan hala tujunya
seandainya aku ini hilang, tiada berganti
kerana kerakusan, perbuatan manusia sendiri
aduhai, nasib diriku si papan tanda.
ss/spl/pm ... 31/03/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment