koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 30 March 2013
~ terima kasih ~
sepuluh bulan
kita bersama
dalam tawa, ceria dan duka
usik-mengusik belbagai ragam
rajuk dan pujuk kita bersama
menitis juga airmata
bila salam perpisahan tercipta
ucapan selamat tinggal dilafaskan
aku mohon diri
meninggalkan sahabat semua
bukan jauh
kita tidak akan berbeza
kita masih dalam satu ikatan
dalam satu kefahaman
tugasan kita sama
buat rakan
buat mereka yang lain
jalinan persahabatan tidak akan terputus
yang datang akan pergi
yang pergi pernah datang
itulah lumrah kehidupan
relakanlah perpisahan ini
aku tetap akan pergi seperti mereka juga
Jue Affendi
Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment