koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 19 August 2013
BALASAN PANTUN MERDEKA 6 - PESANAN AYAH milik kekanda Baharudin Noryat.
Bungga cempaka jatuh di muara,
koyak terpampang di tepi bucu;
warisan pusaka teguh dipelihara,
agar dikecapi anak dan cucu.
Indah kemboja tangan menyentuh,
dijadikan puisi mengalir tinta;
tiang agama jangan diruntuh,
hilang pegangan butalah mata.
Sungguh sejuk si air telaga,
sudahlah sejuk segar terasa;
adat dan budaya kekal terjaga,
sebagai warisan si anak bangsa.
Sudahlah cantik baiklah pulak,
amat memukau anak cik Hajah;
peliharalah sifat sebaik akhlak,
semoga Malaysia tidak terjajah.
Penat terasa hatiku jenuh,
menahan tiang agar tak runtuh;
terpegang amanah walau terbunuh,
merdeka Malaysia tetap kan utuh.
Sazalee Sulaiman ... 19/08/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment