koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 19 August 2013
PERJUANGAN YANG SIA-SIA.
Ya, kejam
terlalu kejam
dari pengamatan mata kita
apabila junta tentera
menggempur
dan membunuh membuta tuli
sewenang-wenang
di tempat lapang perhimpunan
hatta di dalam masjid
tempat persembunyian
rakyat-rakyat
yang masih menyokong
bekas Presiden Ahmad Mursi
yang digulingkan.
Lelaki dan wanita
kanak-kanak
orang tua
mahupun muda
jasad bergelimpangan
kehilangan nyawa
tetapi,
sedarkah kita
apa dan mengapa
musababnya
sehingga membawa keadaan sebegini
berlaku
menuju ambang
peperangan saudara seislam.
Hanya kerana seorang pemimpin
mereka sanggup berkorban
hanya seorang pemimpin
mereka sanggup kehilangan nyawa
hanya seorang pemimpin yang menjadi boneka Amarika
yang menerima dana peruntukan
bertrilion dollar Amarika setahun
mereka sanggup dilakukan sebegini rupa
membawa kanak-kanak, orang tua
dan muda, baik lelaki mahupun wanita
sebagai benteng
mempertahankan orang yang mereka kata
Presiden yang berwibawa
dengan syarat
harus akur telunjuk
Amarika dan sekutu yahudinya.
Berbaliklah kepada perjuangan Islam
berbaliklah kepada Allah SWT
kerana Allah tidak akan sesekali mengejami
menzalimi hamba-hamba-Nya
melainkan hamba-Nya sendiri
yang menzalimi
diri mereka
dalam memperjuangkan seorang pemimpin
yang jelas menjadi boneka,
boneka kepada Amarika dan yahudi laknatullah.
Ingatlah akan kisah
dan cerita tentang Nabi Khidir
yang membunuh anak kecil
dan membocorkan dek kapal sedang berlayar
di atas perintah dari Allah SWT
pasti ada sebab dan musabab-Nya
yang hanya Allah yang Maha Mengetahui
di hari muka, nanti.
Renungkanlah!
Perlukah perjuangan
mempertahankan pemimpin boneka ini
kita tangisi.
Bedoalah semoga mereka
saudara seislam kita
cepat menyedari
akan apa yang mereka perjuangkan
adalah sesuatu
kesia-siaan.
Sazalee Sulaiman ... 19/08/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment