koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 13 September 2013
Berlalulah awan
... kusidai hati di ampaian mentari
agar kering hasad dan dengki; berdaki,
hilanglah kepam berganti kasturi
dan persembahan yang akan aku tarikan nanti; di sini,
cemerlang di sudut suci
prasangka pun ketepi, lenyap menyepi
cemerkap tidak aku ingini.
Mengharapkan panas hingga ke malam hari.
Sazalee Sulaiman ... 12/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment