koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 13 September 2013
Mengertilah!
... kutulis puisi berkalam di hati
yang aku nampak dan yang aku hadapi
mengoles rasa terhias peribadi
bukan memaki tapi ingin berkongsi
sisi.
... dan rasa sedih penghuni
dari kolam hati
minta difahami, minta diperhalusi
dibenam sepi, dikhianati
dikasari.
Kelemasan kini di kolam hati.
Sazalee Sulaiman ... 12/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment